Para pelanggan yang dihormati, Bermula bulan Februari 2009, Bahagian Hasil PTD akan menjalankan sesi kaunter kutipan luar bagi cukai tanah semasa dan tunggakan cukai tanah di Pasar Besar Dungun, pada setiap Jumaat sehingga 27 Februari 2009.
Sesi kutipan ini akan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, bertempat di Bilik Penguatkuasa MPD, bersebelahan Bilik Pengawas Pasar. Anda hanya perlu membawa Kad Pengenalan, No.Geran, No. Lot beserta Mukim atau No. Akaun Hakmilik sahaja, untuk menjelaskan bayaran cukai tanah anda.
Jumpa anda di sana. Harap Maklum dan Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment