Monday, February 9, 2009

LAWATAN DARIPADA PT JOHOR BAHRU


Pada 8 Februari 2009, sekali lagi pihak PDTD telah menerima kunjungan teramai daripada Pejabat Tanah Johor Bahru, Johor, dengan ahli rombongan seramai 75 orang, yang sudi datang, meninjau sendiri pencapaian organisasi PDTD dan saling bertukar maklumat bagi peningkatan kualiti perkhidmatan masing-masing. Rombongan ini diketuai oleh Encik Mohd Anizam bin Jamian, Penolong Pentadbir Tanah Daerah (Bahagian Kuatkuasa) dan Tuan KPPT Dungun, Encik Rosman bin Roslan telah memberi taklimat sempena lawatan ini di Bilik Syarahan PDTD, bermula jam 9.15 pagi. Setelah itu, kesemua ahli rombongan telah disajikan dengan hidangan makan tengah hari di Kediaman Pegawai Daerah Dungun bersama Tuan Haji Pegawai Daerah Dungun sendiri, Tuan Haji Zulkifli bin Mohamad.

Monday, February 2, 2009

LAWATAN DARIPADA PT TEMERLOH


Setelah mencapai kejayaan bersejarah dalam Anugerah Kualiti PDT 2008 yang lepas, pihak PDTD tidak putus-putus mendapat kunjungan daripada jabatan dan agensi kerajaan yang lain untuk melihat sendiri inovasi-inovasi AKPDT yang dilaksanakan di sini. Pada 1 Februari 2009 baru-baru ini, kami telah mendapat lawatan daripada Pejabat Tanah Temerloh, Pahang, untuk meninjau keberkesanan inovasi PDTD iaitu K-Sepadu, yang merupakan kemudahan utama di sini.
Rombongan ini telah diketuai oleh Pegawai Daerah Temerloh sendiri iaitu,
Yang Berbahagia Dato' Salehuddin bin Ishak dan satu taklimat khas mengenai K-Sepadu telah disampaikan oleh Tuan KPPT Dungun, Encik Rosman bin Roslan.

Sunday, February 1, 2009

KUTIPAN LUAR CUKAI TANAH DI PASAR BESAR DUNGUN


Para pelanggan yang dihormati,
Bermula bulan Februari 2009, Bahagian Hasil PTD akan menjalankan sesi kaunter kutipan luar bagi cukai tanah semasa dan tunggakan cukai tanah di Pasar Besar Dungun, pada setiap Jumaat sehingga 27 Februari 2009.

Sesi kutipan ini akan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, bertempat di Bilik Penguatkuasa MPD, bersebelahan Bilik Pengawas Pasar. Anda hanya perlu membawa Kad Pengenalan, No.Geran, No. Lot beserta Mukim atau No. Akaun Hakmilik sahaja, untuk menjelaskan bayaran cukai tanah anda.

Jumpa anda di sana. Harap Maklum dan Terima Kasih.