Thursday, January 29, 2009

LAWATAN DARIPADA PDT KLANG

Baru-baru ini pihak kami telah menerima lawatan daripada warga Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Selangor, pada Rabu, 28 Januari 2009. Rombongan yang diketuai oleh Puan Erni Marlina Yusoff (Penolong Pegawai Daerah)ini tiba pada jam 9.30 pagi dan disambut dengan paluan kompang daripada pasukan kompang D-Land kami. Rombongan ini adalah seramai 25 orang juga, telah berkunjung ke Bandar Raya Kuala Terengganu, sehari sebelum lawatan ini. Satu sesi taklimat sempena lawatan ini juga telah disampaikan oleh Encik Rosman Roslan, KPPT kami, mengenai serba sedikit maklumat organisasi PDTD.
Setelah tamat sesi taklimat, mereka kemudian bertolak pulang pada jam 1.00 petang.
Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih atas lawatan bersejarah PDT Klang dan semoga mereka datang lagi untuk sesi lawatan seterusnya.

Thursday, January 1, 2009

"MARI-AH-WEI" BAYAR CUKAI TANAH


Bermula 1 Januari 2009, urusan membayar cukai tanah bagi tahun ini boleh dilakukan di Kaunter Hasil Pejabat Tanah Dungun (PTD), sehingga 31 Mei 2009 ini. Anda boleh segera berbuat demikian bagi memudahkan urusan pembayaran dan seterusnya menjamin hak anda sebagai pemilik tanah. Bagi mereka yang mempunyai tunggakan cukai tanah terdahulu, hendaklah menyemak jumlah tunggakan tersebut dahulu di Kaunter Hasil PTD. Kegagalan anda membayar cukai tanah, boleh menyebabkan hak pemilikan tanah anda dirampas menjadi tanah kerajaan.